Mengupayakan Bahasa Indonesia/Melayu Sebagai Bahasa Ilmu dalam Bidang Matematik

“Mengupayakan” itu sebenarnya bermaksud melaksanakan tiga tahap utama pembangunan Bahasa Indonesia/Melayu sebagai Bahasa Ilmu. Pertamanya, mendapatkan istilah-istilah asli/pinjaman dalam Bahasa Indonesia/Melayu yang mewakili sesuatu prinsip dalam bidang Matematik, berbanding istilahnya dalam bahasa-bahasa Eropah.